AKTIVITI 9 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan
Dalam pasukan binakan :
1) Matlamat kajian tindakan (satu ayat / penyataan umum apa yang hendak dicapai di akhir kajian)
2) Bentuk objektif kajian
3) Bentuk soalan kajian
MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN
“Menambahbaik kaedah tradisional sekaligus meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains.”
OBJEKTIF KAJIAN
- Menilai tahap kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains.
- Meneroka minat dan kelakuan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.
- Memantau cara penerimaan pelajar terhadap pendekatan yang digunakan.
PERSOALAN KAJIAN
- Adakah pengajaran berasaskan bahan maujud mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains?
- Adakah pembelajaran secara kooperatif boleh meningkatkan penglibatan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran?
AKTIVITI 8 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan
Berdasarkan tajuk kajian, huraikan– cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :-
Pengalaman/Refleksi (Individu&Pasukan)
• Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran untuk menarik minat pelajar terhadap subjek Sains dan Perdagangan.
• Contohnya, menggunakan bahan maujud di dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek samada melalui bentuk multimedia atau konvensional.
• Memperbanyakkan aktiviti di dalam kelas untuk meningkatkan minat dan mengurangkan perasaan jemu pelajar terhadap subjek yang di ajar.
• Melakukan aktiviti secara berkumpulan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dan mengasah kemahiran komunikasi di kalangan mereka.
• Bagi subjek perdagangan, latih pelajar untuk melibatkan diri di dalam aktiviti jualan terutama ketika sekolah melakukan sambutan seperti Hari Guru, Hari Kemerdekaan, Hari Kantin dan lain-lain lagi.
• Bagi subjek Sains, guru perlu mendapatkan atau menyediakan pelbagai model atau replika sebagai bahan maujud yang dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan memberikan gambaran yang jelas serta nyata terhadap sesuatu perkara.
Pengalaman/Refleksi Dari Luar Pasukan
Untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam pengajaran kedua-dua subjek ini, guru berperanan dalam membuka minda pelajar dan mendedahkan pelajar tentang subjek ini dalam konteks kehidupan seharian masa kini. Guru perlu membentuk pengajaran yang dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek tersebut. Pembelajaran juga seharusnya melibatkan pelajar berusaha sendiri dalam mendapatkan dan membina/menstruktur ilmu pengetahuan melalui pengalaman (menjalankan amali/lawatan) dan pengetahuan.
AKTIVITI 7 : Aktiviti 4 Mini Kajian Tindakan
Berdasarkan tajuk kajian, huraikan- KELEMAHAN pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :
Pengalaman/Refleksi Secara Individu
- Pelajar tidak mengetahui teknik yang berkesan dalam memahami dan mengingat teori, fakta dan rumus yang banyak terutama dalam subjek Sains.
- Pelajar kurang berminat dan tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan eksperimen di dalam makmal.
- Pelajar tidak tahu mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam situasi lain yang baru/kehidupan seharian.
• Pelajar cepat bosan dan merasa mengantuk apabila guru mengajar kaedah tradisional dengan membaca dan menerangkan sesuatu topik tanpa melibatkan aktiviti.
• Bagi subjek Sains, pelajar tidak berminat dengan belajar teori sahaja tanpa latihan amali kerana terdapat segelintir guru yang malas untuk melakukan latihan amali di makmal Sains.
• Subjek Perdagangan boleh menjadi subjek yang membosankan jika guru tidak menggunakan pendekatan lain untuk menarik minat pelajar.
• Ramai guru hanya menggunakan kaedah tradisional di dalam pengajaran mereka dan ia membuatkan pelajar cepat jemu dan mengantuk.
Pengalaman Dari Luar Pasukan
Kedua-dua subjek Sains dan Perdagangan memerlukan pelajar menguasai fakta dan teori yang banyak menyebabkan pelajar lebih cenderung untuk menghafal sahaja dan menumpukan pada nota dan membaca buku. Pelajar juga kurang pendedahan kepada pengaplikasian ilmu ke dalam kehidupan seharian terutama dalam bidang kerjaya menyebabkan pelajar tidak bermotivasi untuk mendalami subjek berkenaan atas inisiatif diri sendiri. Pelajar tidak aktif tetapi lebih bergantung kepada guru dan tidak berusaha mendapatkan ilmu berkaitan subjek tersebut daripada sumber-sumber lain.
AKTIVITI 6 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan
Berdasarkan tajuk kajian, huraikan– KEKUATAN pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :-
Pengalaman/Refleksi Secara Individu
Bagi Subjek Sains :
1. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran saintifik dan dapat berfikir secara kreatif dan kritis.
2. Memberi pengetahuan berkaitan sains dan teknologi dalam konteks fenomena alam
semulajadi dan pengalaman dalam kehidupan seharian.
3. Melatih pelajar mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan dalam bentuk yang kreatif serta kritis untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
4. Menyedarkan pelajar tentang kepentingan saling pergantungan antara benda hidup dan
pengurusan alam sekitar demi menjamin dan meneruskan kehidupan manusia di bumi ini.
5. Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan dalam memelihara dan mencintai alam sekitar dan memainkan peranan yang aktif untuk memulihara dan memelihara alam sekitar.
6. Melatih pelajar membuat penilaian yang bijak dan efektif terhadap sebarang maklumat berkaitan sains dan teknologi.
Bagi Subjek Perdagangan :
1. Guru membuat demonstrasi apabila mengajar sesuatu topik misalnya tajuk system
barter.
2. Guru memberi contoh-contoh yang membolehkan pelajar mudah faham.
3. Sewaktu guru mengajar topik dokumen perniagaan dalam negeri, guru membawa dokumen
sebenar yang terlibat seperti cek, invois dan sebagainya.
4. Guru membuat pertandingan kuiz secara berkumpulan
5. Terdapat juga guru yang membawa keratan akhbar yang berkaitan untuk dibincangkan.
Pengalaman/Refleksi Dalam Pasukan
• Perdagangan dan Sains adalah subjek penting di sekolah untuk menentukan aliran yang akan dipilih untuk memasuki universiti terutamanya selepas peperiksaan SPM.
• Subjek perdagangan boleh meningkatkan minat pelajar di dalam bidang keusahawanan.
• Minat serta kemahiran pelajar bertambah apabila guru melakukan ujian di makmal bagi subjek sains kerana ianya tidak membosankan berbanding guru hanya menerangkannya sahaja dan pelajar dapat menjalankan amali secara ‘hands-on’.
Pengalaman Dari Luar Pasukan
Pengajaran subjek ini akan menjadi lebih menarik dan bermakna sekiranya lebih banyak aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif disediakan oleh guru. Subjek-subjek ini juga akan lebih menarik sekiranya guru dapat menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dipegang dan dilihat oleh pelajar secara dekat atau 'live'. Penglibatan pelajar secara langsung dalam menyediakan bahan yang digunakan dalam pengajaran juga akan membuatkan pelajar lebih terlibat dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.
AKTIVITI 5 : Mengapa Guru Lakukan Kajian Tindakan & Nyatakan Sebab Mengapa Pilih Tajuk Berkenaan?
Mengapa Guru (pelatih/novis/berpengalaman)Perlu Melakukan Kajian Tindakan?
- Mengeluarkan guru-guru daripada amalan-amalan rutin mereka.
- Meningkatkan profesionalisme bidang perguruan kerana guru mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan.
- Membawa kemajuan dan perubahan dalam kerjaya guru melalui refleksi kendiri dan usaha diri sendiri.
- Dapat memperbaiki prestasi kerja dan mencapai kepuasan diri dalam kerjaya yang diceburi.
- Meningkatkan keyakinan diri melalui usaha perkongsian pengalaman dengan guru-guru lain.
- Memperkembangkan kemahiran guru khususnya dalam melaksanakan teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.
- Memberi peluang kepada guru untuk melaksanakan pendekatan yang dapat meningkatkan akademik serta disiplin pelajar dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek.
1) Meningkatkan penglibatan aktif pelajar kerana semua pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bertanggungjawab terhadap pencapaian kumpulan masing-masing.
2) Memupuk sifat kerjasama antara pelajar kerana setelah pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap ahli kumpulan berperanan untuk memberikan idea masing-masing bagi mencapai matlamat pembelajaran dan memaksimumkan pembelajaran setiap individu.
3) Meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar kerana pelajar dikehendaki menyuarakan pendapat dan buah fikiran masing-masing bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.
4) Membantu pemahaman para pelajar terhadap sesuatu topik kerana bahan maujud ini sendiri adalah bermaksud barang yang wujud, oleh itu barang yang nampak secara fizikal akan lebih "real" dan bahan maujud juga boleh berbentuk multimedia di mana di mana penggunaan video digunakan untuk menunjukkan contoh-contoh bahan maujud yang sukar di bawa ke dalam kelas.
5) Melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.
6) Setiap kumpulan akan berusaha menyelesaikan permasalahan untuk menerapkan pengetahuan dan keterampilan dalam rangka mencapai tujuan pembelajaran.
Selain itu, pembelajaran kooperatif merupakan model pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran secara berkumpulan dan ia merupakan pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Aktiviti pembelajaran berlaku dalam kumpulan heterogenus, iaitu tidak sama dari segi kebolehan, minat, bangsa dan agama. Pembelajaran koperatif biasanya berlaku dalam kumpulan di mana terdapat pelajar cerdas dan lambat.
Bahan maujud adalah berbentuk multimedia dan juga konvensional. Bahan maujud berbentuk konvensional banyak digunakan oleh guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran namun penggunaan multimedia adalah sebagai penggubah haluan dan meningkatkan minat pelajar supaya mereka tidak berasa bosan dengan pembelajaran tradisional yang menggunakan konsep yang sama sahaja.
AKTIVITI 4 : Cadangan Mini Kajian Tindakan
Bersama pasangan anda, kemukakan apakah cadangan mini kajian tindakan yang anda ingin lakukan dalam pengajaran mikro yang mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kami mencadangkan tajuk seperti di bawah untuk mini kajian tindakan kami iaitu :
PEMBELAJARAN KOOPERATIF BERASASKAN BAHAN MAUJUD DI DALAM SUBJEK PERDAGANGAN DAN SAINS
SIAPAKAH PESERTA KAJIAN?
Pelajar sekolah menengah
DI MANAKAH SETTING KAJIAN?
Di dalam kelas