AKITIVITI 3 : Ulasan Pembentangan Kolokium
Kolokium Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Januari 2009
Tarikh : 26-27 Oktober 2009
Meningkat dan Mempermudahkan Kefahaman Pelajar Melalui Aktiviti Permainan Monopoli Bagi Subjek Sains dan Pendidikan Islam Tingkatan 4 SMK Bandar BantingKolokium Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Januari 2009
Tarikh : 26-27 Oktober 2009
Pernyataan Masalah
- Adakah aktiviti permainan Monopoli secara berkumpulan dapat meningkatkan pemahaman para pelajar?
- Adakah pelajar rasa seronok dan terhibur semasa belajar menggunakan kaedah ini?
Metodologi
- Pelajar diberi ujian pra pada peringkat permulaan. Kemudian pelajar diberi syarahan tentang topik yang ingin dipelajari. Seterusnya, untuk ulangkaji, pelajar bermain monopoli dimana pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 3 pelajar. Terdapat 3 pusingan dan setiap pelajar akan bermain (menjawab soalan) dengan dibantu oleh ahli kumpulan. Seterusnya, ujian post dijalankan. Temubual juga dijalankan bagi mendapatkan maklumbalas pelajar. Guru juga menjalankan pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa aktiviti permainan dijalankan.
Setting Kajian
- Guru membuat pemerhatian dan melakukan ujian pra dan post di mana kesemua proses ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi ke atas hasil kajian.
Sampel Kajian
- 30 orang pelajar Tingkatan 4 SMK Bandar Banting.
Pengumpulan dan Analisis Data
- Data diperolehi daripada temubual dan ujian pra dan post. Hasil temubual menunjukkan kesemua pelajar suka/gembira selepas menjalankan aktiviti ini bagi kedua-dua subjek. 80-90% pelajar bersetuju bahawa kaedah ini sesuai sebagai teknik pengajaran dan memudahkan pelajar memahami topik. Hasil ujian pra dan post yang dijalankan pula menunjukkan peningkatan bilangan pelajar yang memperolehi gred A dan bagi kedua-dua subjek. Ujian post juga menunjukkan tiada pelajar yang memperolehi D atau E bagi kedua-dua subjek.
Implikasi Kajian
- Teknik ini didapati sesuai untuk diaplikasikan pada topik-topik yang diajar terutama bagi topik yang sukar.
- Teknik permainan dapat dilaksanakan semasa proses P&P dalam pelbagai subjek mengikut kreativiti guru.
- Teknik ini tidak menjadikan pelajar bosan dan dapat memotivasikan pelajar melalui peneguhan positif iaitu pemberian ganjaran yang lebih besar.
Apa yang dapat dipelajari
- Mengetahui prosedur untuk melaksanakan aktiviti permainan yang melibatkan kerjasama dan penglibatan semua pelajar.
- Mengetahui beberapa kaedah yang digunakan untuk mengumpul data bagi melaksanakan kajian tindakan di sekolah.
Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Melalui Kaedah Permainan Di Dalam Kelas 4 Dedikasi SMK Bandar Rinching
Pernyataan Masalah
• Pelajar didapati malu bertanya dan kurang keyakinan memberi jawapan secara individu apabila disoal dalam kelas.
• Pelajar tidak memberikan tumpuan seratus peratus.
• Pelajar lemah dalam aspek KBKK.
Metodologi
• Kajian ini menggunakan model Kemmis dan Mac Taggart (1988) iaitu Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan yang melibatkan proses refleksi, merancang, bertindak dan memerhati. Proses refleksi awal dilakukan dengan menjalankan ujian pra. Kemudian permainan seperti bola hikmah, dam ular dan permainan dart dirancang. Seterusnya, permainan dilaksanakan dalam kelas mengikut jadual yang telah diatur. Guru memerhati tingkah laku pelajar semasa P&P serta melakukan soal selidik dan temubual. Akhir sekali, ujian pos dijalankan.
Setting Kajian
• Kajian bermula dengan ujian pra,perancangan,tindakan,pemerhatian,temubual,soal selidik dan akhir sekali ujian pos.
Sampel Kajian
• 35 orang pelajar Tingkatan 4 Dedikasi di SMK Bandar Rinching.
Pengumpulan dan Analisis Data
• Ujian pra menunjukkan bahawa pelajar lemah di bahagian subjektif dan seramai 7 orang yang lulus dengan purata markah 40-45%. Ujian pos menunjukkan peningkatan markah kertas 2 (soalan subjektif). Kebanyakan pelajar lebih berani menjawab bahagian subjektif semasa ujian pos jika dibandingkan dengan ujian pra. Daripada pemerhatian, sebelum permainan dijalankan, pelajar lebih pasif namun setelah permainan dilaksanakan pelajar lebih berani mencuba menjawab walaupun jawapan kurang tepat. Daripada temubual, pelajar mahukan guru menjalankan kaedah ini bagi setiap matapelajaran dan ia meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berinteraksi. Daripada soal selidik pula, hampir kesemua pelajar iaitu seramai 32 orang pelajar yang bersetuju dengan kaedah ini dan bersetuju ia mengembangkan KBKK mereka.
Implikasi Kajian
• Kaedah permainan ini dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa proses P&P dalam kelas.
• Kaedah yang berpusatkan pelajar ini lebih membantu meningkatkan keyakinan pelajar dan meningkatkan kemahiran KBKK.
Apa yang dapat dipelajari
• Daripada kajian ini, didapati kaedah permainan lebih digemari pelajar dan mendatangkan respon yang memberangsangkan daripada pelajar.
• Kajian yang dijalankan harus mengikut metodologi yang betul dan kaedah pengumpulan data yang lebih menyeluruh bagi mendapatkan data yang lebih jitu.
- Bentangkan 2 kajian tindakan dalam kolokium yang telah dihadiri.
- Fokuskan kepada prosedur kajian tindakan.
- Apakah penilaian anda terhadap kajian-kajian tersebut.
- Bentang (berapa individu akan dipanggil)
- Fokuskan kepada bagaimana data dari pelbagai sumber dianalisis
- Apakah kekuatan dan kelemahan?
- Cadangkan penambahbaikan
AKTIVITI 1 : ULASAN BUKU
Tajuk Buku : Becoming a Teacher Through Action Research (Process, Context, and Self-Study)
Pengarang : Donna Kalmbach Phillips and Kevin Carr
Apa itu Kajian Tindakan?
Menurut buku ini, kajian tindakan bagi guru-guru merupakan satu proses pembelajaran bersama komuniti untuk berfikir dan bertindak secara kritikal, untuk mengiktiraf dan merundingkan sistem politik, dan untuk memfokuskan perkembangan minat dalam identiti seseorang guru. Proses seperti ini terbina daripada keinginan untuk menjadi pendidik yang penyayang, pintar, transformatif dan termasuk menguasai seni dan sains dalam merancang, menilai dan amalan reflektif yang kritikal. Kesan daripada kajian tindakan bagi guru pra perkhidmatan /novis melibatkan permulaan kepada suatu perjalanan dalam menjadi seorang guru yang mengamalkan pengajaran/penyelidikan dan kehidupan seharian bagi meningkatkan amalan pengajaran, kualiti pelajar, dan sistem persekolahan secara serentak.
Secara ringkasnya, kajian tindakan boleh didefinisikan sebagai suatu bentuk kajian yang berasaskan pengamal (practitioner based). Dalam erti kata lain, ianya dijalankan oleh guru-guru di dalam kelas masing-masing dengan matlamat untuk meningkatkan pedagogi dan proses pembelajaran pelajar secara serentak.
BUKU 2
Tajuk Buku : Doing Action Research in Early Childhood Studies (A Step By Step Guide)
Pengarang : Glenda Mac Naughton And Patrick Hughes
Kajian tindakan adalah proses kitaran BERFIKIR - LAKUKAN - BERFIKIR untuk mengkaji dan mencipta perubahan. Kita berfikir tentang apa yang kita lakukan sekarang kemudian kita lakukan sesuatu untuk mencipta perubahan dan akhir sekali kita akan berfikir kembali tentang perkara yang telah dilakukan dan kesan-kesannya.
Apa yang kita fikirkan akan membentuk perbuatan / amalan kita dan apa yang kita lakukan / amalkan akan membentuk pemikiran kita pada masa hadapan. Pengkaji tindakan melihat ini sebagai proses kitaran berfikir – lakukan – berfikir.
KESIMPULAN TERHADAP KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan merupakan suatu intervensi ke dalam fungsi dunia sebenar dan melihat kesan-kesan intervensi ini. Kajian tindakan dijalankan berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasinya dalam konteks itu. Ia melibatkan penilaian kendiri yang berbentuk perubahan yang dibuat berterusan berdasarkan penilaian berterusan seperti suatu kitaran. Kajian ini menyumbang kepada pengetahuan praktik guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan juga menyumbang kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain.
- Bagaimana kajian tindakan boleh dilaksanakan ?
- Kaitkan dengan tugasan mini kt.