ULASAN BUKU
TAJUK BUKU : BECOMING A TEACHER THROUGH ACTION RESEARCH (PROCESS, CONTEXT, AND SELF-STUDY)
PENGARANG : DONNA KALMBACH PHILLIPS AND KEVIN CARR
TERBITAN : ROUTLEDGE Taylor&Francis Group, 2006
KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan secara ringkasnya boleh didefinisikan sebagai suatu bentuk kajian yang berasaskan pengamal (practitioner based). Dalam erti kata lain, ianya dijalankan oleh guru-guru di dalam kelas masing-masing dengan matlamat untuk meningkatkan pedagogi dan proses pembelajaran pelajar secara serentak.
Kajian tindakan bagi guru-guru pra perkhidmatan merupakan suatu proses pembelajaran bersama komuniti untuk berfikir dan bertindak secara kritikal, untuk mengiktiraf dan merundingkan sistem politik, dan untuk memfokuskan perkembangan minat dalam identiti seseorang guru. Proses seperti ini terbina daripada keinginan untuk menjadi pendidik yang penyayang, pintar, transformatif dan termasuk menguasai seni dan sains dalam merancang, menilai, dan amalan reflektif yang kritikal. Kesan daripada kajian tindakan bagi guru pra perkhidmatan/novis melibatkan permulaan kepada suatu perjalanan dalam menjadi seorang guru yang mengamalkan pengajaran/penyelidikan dan kehidupan seharian bagi meningkatkan amalan pengajaran, kualiti pelajar, dan sistem persekolahan secara serentak.
TUJUAN MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN
1)Meningkatkan amalan dan merealisasikan nilai-nilai dalam pendidikan.
2)Mengumpul maklumat berkaitan cara sesebuah sekolah beroperasi, bagaimana mereka mengajar, dan sejauhmana pelajar-pelajar mereka dapat belajar dengan baik.
3)Membolehkan guru mengenalpasti dan menguasai amalan pengajaran mereka dalam cara yang berperikemanusiaan yang membimbing dan juga kritikal dalam masa yang sama.
MENGAPA KAJIAN TINDAKAN PERLU DILAKUKAN
-Untuk menekankan penglibatan guru yang merupakan “orang dalam” dalam melakukan kajian dalam bilik darjah dan tidak hanya bergantung kepada pakar yang berada di luar kelas.
-Kajian yang dijalankan oleh guru lebih memfokuskan kepada tahap penguasaan guru terhadap pengajarannya, seterusnya pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh pengamal-pengamal(guru) itu sendiri dapat disuarakan dan dikongsikan dengan pihak lain.
BILA KAJIAN TINDAKAN INI DILAKUKAN?
- Apabila timbul suatu isu atau permasalahan dalam diri guru tersebut berkaitan amalan pengajarannya yang ingin diterokainya dengan lebih mendalam bagi menambahbaik teknik pengajaran.
- Apabila timbul isu berkaitan politik, sosial, dan ekonomi yang dapat dikaitkan dengan amalan pengajaran di dalam bilik darjah.
BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN DILAKUKAN?
1)Menerokai bidang yang ingin dijadikan fokus kajian yang melibatkan langkah menentukan destinasi dan matlamat kajian, iaitu dengan mencari soalan kritikal (critical question) untuk difahami sepanjang proses kajian dijalankan.
2)Menjalankan kajian yang melibatkan kitar berterusan yang terdiri daripada proses perancangan, pelaksanaan dan refleksi/penilaian.
3)Melakukan pengumpulan data. Terdapat 3 jenis data kajian tindakan yang sering digabungkan dengan inkuiri kualitatif iaitu (1) pemerhatian, (2) temuramah, dan (3) dokumen/artifak.
4)Menganalisis dan menterjemah data. Buku ini memfokuskan kepada proses analisis dan penterjemahan data kualitatif. Proses ini dipecahkan kepada beberapa langkah penting iaitu memo analitik, berunding dengan rakan sekerja kritikal dan jarak jauh, dan terlibat dalam proses interpretif (analisis,sintesis dan dekonstruksi) yang akan menghubungkan kesemua elemen dalam kajian tindakan anda.
5)Proses terjemahan melibatkan 6 langkah :
-Merefleksi dan membaca semula data yang telah dikumpul dan analisis berterusan.
-Mencipta peta minda, garis masa, dan/atau carta, membina kategori-kategori.
-Mengembangkan terjemahan dengan menambah data mentah.
-Mengaplikasikan lapisan-lapisan terjemahan dengan menambah perspektif orang lain.
-Kembali kepada soalan-soalan dan aplikasikan mereka ke dalam terjemahan.
-Membuat draf pernyataan sintesis,merumuskan apa yang diketahui.
6)Menilai tahap kebolehpercayaan terjemahan data menggunakan senarai semak kebolehpercayaan.
CONTOH
Anna, guru pelatih dalam kelas gred ketiga.
Persoalan : Adakah latihan pra karangan dapat meningkatkan gred pelajar dalam penulisan?
Sampel dan setting kajian : Pelajar-pelajar kelas gred ketiga
Metodologi : Anna mengimplementasi beberapa strategi prapenulisan.
Pengumpulan data dan analisis : Anna mengumpulkan 3 jenis data – karangan pelajar, penilaian kendiri pelajar, dan pemerhatian pengajar.
Hasil : Anna berpuas hati dengan kajian yang dilaksanakan kerana ia pengalaman yang tidak ternilai dan mengajarnya bagaimana untuk menilai perkembangan pelajarnya dan perkembangannya sebagai seorang guru.
ETIKA KAJIAN
-melibatkan memperoleh kebenaran daripada peserta dan ibubapa peserta sama ada mereka bersetuju menyertai kajian tindakan tersebut.
-memastikan surat kebenaran disahkan oleh penyelia, dan pihak pentadbir sekolah.
-tidak menggunakan data daripada pelajar yang tidak mendapatkan kebenaran ibubapa.
-kerahsiaan merupakan isu kritikal. Pastikan pelajar-pelajar dan identiti sekolah dilindungi dengan menggunakan pseudonyms.
Saturday, November 21, 2009
Ulasan Buku
Posted by mrs.simple at 5:50 PM