Berdasarkan kursus psikologi pendidikan / kaedah mengajar / pentaksiran pembelajaran
a) Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna @ diadaptasi bagi setiap masalah
b) Bina kerangka teoritikal, konseptual, operasional kajian
hendaklah selaras dengan pernyataan masalah dan tujuan /objektif/soalan kajian
Teori/kaedah/strategi yang dapat digunakan bagi mengatasi masalah dalam pengajaran subjek kami ialah :
i) Teori konstruktivisme
ii)Pendekatan kontekstual
iii) Pembelajaran secara aktif (active learning)
Teori konstruktivisme
-Suatu penjelasan bagaimana pelajar belajar dan membina pemahaman yang bermakna tentang alam sekeliling mereka.
-Melibatkan pengetahuan yang dibina secara aktif oleh pelajar dan pelajar bukan penerima pasif pengetahuan. Pelajar merupakan pembina aktif (konstruk) struktur pengetahuan.
-Teori ini bukan tentang pemerolehan idea baru tetapi tentang pelajar membina atau mengubah idea mereka yang sedia ada.
-Pelajar membina pengetahuan Sains yang baru dengan cara mereflek tindakan fizikal dan mental mereka.
-Pelajar cuba mendapatkan pemahaman tentang pengalaman baru mereka dan fenomena dengan cara membentuk atau membina makna tentang perkara tersebut.
-Pelajar membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan pelajar menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui.
-Untuk belajar, pelajar perlu mengasimilasikan idea baru atau menyesuaikan (accomodate) idea yang sedia ada.
Pendekatan Kontekstual
-Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
-Pembelajaran berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Pendekatan ini menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan seharian. Pendekatan ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Kerangka Teoritikal
Perkara yang harus diberi perhatian ialah semua aspek kajian akan mendapat kesan daripada kerangka teoritikal yang telah dibentuk tadi. Ciri-ciri kerangka teoritikal yang baik meliputi:-
- Membantu penyelidik mengenal pasti topik yang hendak dikaji.
- Panduan mencari kajian-kajian lepas.
- Memilih aspek yang difokus.
- Merapatkan jurang di antara maklumat yang diketahui dan tidak diketahui.
- Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai.
Kerangka Teoritikal
Teori Konstruktivisme --->Pendekatan Kontekstual
Kerangka Konseptual
Kefahaman Pelajar < -- 'Experiential Learning' - ->Minat Pelajar
^
^
Pendekatan Kontekstual
^
^
^
Teori Konstruktivisme
Kerangka Operasional Kajian
Pembelajaran Aktif (Active Learning)
'
'
v
(Dilaksanakan oleh guru berdasarkan pencapaian dan tingkah laku pelajar)
'
'
v
Pelaksanaan Aktiviti
(Penggunaan Bahan Maujud)
'
'
v
Pemerhatian
(Guru merekod menggunakan video dan jurnal harian guru)
'
'
v
Penilaian
(Berdasarkan Ujian/Kuiz dan Temubual Tidak Berstruktur)
'
'
v
Refleksi
(Bagaimana pembelajaran kooperatif dan penggunaan bahan maujud memberi kesan positif)
0 comments:
Post a Comment